PARA penduduk di setiap daerah Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) - South East, North East, North West, South West dan Central - boleh menjangkakan sambutan Hari Kebangsaan yang lebih gah berlangsung di kejiranan mereka tahun ini dalam bentuk karnival melibatkan seluruh anggota keluarga.

Selama dua hari - pada 6 dan 7 Ogos - sambutan-sambutan itu akan berlangsung di padang bersebelahan Wisma Geylang Serai, Taman Bishan Ang Mo Kio dan beberapa padang luas termasuk Punggol bersebelahan Waterway Point, MRT Sembawang dan MRT Buona Vista.