Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sambutan perkahwinan Jubli Emas tahun depan

Dec 3, 2017 | 2:36 PM
SAMBUTAN PERKAHWINAN JUBLI EMAS: Pasangan yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 dijemput tampil menyertai sambutan ini.
SAMBUTAN PERKAHWINAN JUBLI EMAS: Pasangan yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 dijemput tampil menyertai sambutan ini. - Foto AP

Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang islam (ROMM) dan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROM) akan menganjurkan sambutan perkahwinan Jubli Emas tahun depan.

Oleh itu, ROMM ingin mengundang keluarga Islam yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 tahun ini untuk menyertai sambutan istimewa itu.

Mereka juga akan menerima sijil perkahwinan khusus sekiranya sekurang-kurangnya salah seorang pasangan merupakan warga Singapura dan telah mendaftarkan perkahwinan mereka dengan ROMM.

Orang awam juga boleh mencalonkan pasangan yang layak.

Untuk mendaftarkan diri atau mencalonkan pasangan yang layak, orang ramai boleh menghubungi ROMM di talian 6337-0207 atau e-mel kepada MCCY_ROMM@mccy.gov.sg.

Mereka juga harus memberi nama pasangan, nombor kad pengenalan, tarikh pernikahan dan cara untuk dihubungi.

Usaha ini bertujuan menyokong keluarga kukuh dan perkahwinan yang berdaya tahan di Singapura.

Maklumat tentang sambutan perkahwinan Jubli Emas ini boleh didapatkan di laman web ROMM di www.romm.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg