Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sanggup beratur awal pagi demi dapatkan iPhone 17

Sep 19, 2025 | 4:01 PM
Karyawan sumber manusia, Encik Jonathan Ng, 47 tahun, adalah individu pertama di Singapura yang menerima dua model terkini iPhone 17 Pro Max.
Karyawan sumber manusia, Encik Jonathan Ng, 47 tahun, adalah individu pertama di Singapura yang menerima dua model terkini iPhone 17 Pro Max. - Foto ST

Seawal 6.45 pagi pada 19 September, sekitar 250 orang sudah mula beratur di luar cawangan Apple Store di Orchard Road untuk mendapatkan empat model terkini telefon bimbit dan versi terkini jam tangan Apple, serta alat bantuan pendengaran, AirPods Pro.

Terdapat tempat beratur berasingan bagi pelanggan yang telah membuat pesanan awal, dan mereka yang datang terus untuk “mencuba nasib”, bergantung pada adanya bekalan.

Antara produk yang diidamkan ialah telefon bimbit terkini, iPhone 17. Dengan ketebalan hanya 5.6 milimeter, ia adalah telefon bimbit paling nipis dalam siri iPhone, dengan harga bermula daripada $1,599.

Model paling murah ialah iPhone 17 asas, pada harga $1,299, dengan tampungan penyimpanan bermula daripada 256 gigabait (GB) – satu peningkatan berbanding versi sebelumnya, yang mempunyai 128GB untuk model asas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg