Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sanisah Huri, Cikgu Yusnor 'berduet' di Malam Sastera

Oct 2, 2017 | 5:30 AM
MENGUSIK KENANGAN LALU: Penggubah lagu Cikgu Yusnor Ef banyak menghasilkan lagu yang didendangkan oleh Sanisah Huri pada masa lalu. Dan pada 5 November ini mereka berdua akan menyemarakkan majlis Malam Sastera sempena Pesta Penulis Singapura (SWF), selain meraikan ulang tahun ke-60 Berita Harian tahun ini. - Foto-foto fail
MENGUSIK KENANGAN LALU: Penggubah lagu Cikgu Yusnor Ef banyak menghasilkan lagu yang didendangkan oleh Sanisah Huri pada masa lalu. Dan pada 5 November ini mereka berdua akan menyemarakkan majlis Malam Sastera sempena Pesta Penulis Singapura (SWF), selain meraikan ulang tahun ke-60 Berita Harian tahun ini. - Foto-foto fail -

PEMINAT lagu-lagu malar segar yang dihasilkan Cikgu Yusnor Ef dan didendangkan biduanita Sanisah Huri tidak harus melepaskan peluang menyaksikan penampilan khas seniman dan seniwati itu pada Malam Sastera nanti.

Diadakan pada 8 malam, 5 November ini, acara ini akan mengusik kenangan lalu dengan lagu-lagu popular mereka.

Bertemakan 'Asmara Dalam Lagu', acara ini diadakan sempena Pesta Penulis Singapura (SWF), selain meraikan ulang tahun ke-60 Berita Harian (BH) tahun ini.

Ia diadakan dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus).

Acara eksklusif ini terbuka kepada 200 orang pertama sahaja.

Malah, pembeli awal tiket Malam Sastera akan menikmati potongan harga 20 peratus dan hanya perlu membayar $64 sahaja bagi setiap tiket.

Orang ramai yang menghadiri acara ini bukan hanya dihiburkan dengan lagu-lagu popular bahkan berpeluang mendengar kisah-kisah menarik perjalanan seni mereka sepanjang 50 tahun berkecimpung dalam arena seni.

Malam Sastera akan berlangsung di auditorium Ngee Ann Kongsi di Galeri Nasional Singapura di 1, St Andrew's Road.

Bangunan terletak berdepan Padang ini dahulunya dikenali sebagai Bangunan Dewan Bandaraya dan menempatkan Mahkamah Tinggi.

Tiket berharga $80 boleh dibeli di laman tiket Sistic di https://www.sistic.com.sg/events/cswf2017y.

Pelbagai potongan harga diberikan untuk warga tua dan pelajar.

Pembeli awal tiket SWF STAGE: Malam Sastera IV: The Icons of Music berpeluang menikmati potongan harga 20 peratus - hanya perlu membayar $64 sahaja bagi setiap tiket.

Tiket juga boleh dibeli dengan menghubungi talian hotline Sistic di 6348-5555 antara Isnin dengan Sabtu dari 10 pagi hingga 8 malam atau pada Ahad dan cuti umum dari 12 tengah hari hingga 8 malam.

Orang ramai juga boleh membeli di kaunter Sistic di pusat beli-belah di Anchor Point, Bukit Panjang Plaza, Bedok Mall, JEM, Nex, Tampines Mall dan White Sands.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg