Topic followed successfully
Go to BHkuSanjungan tinggi buat The Rhythm Boys
Premium
Sanjungan tinggi buat The Rhythm Boys
Oct 11, 2015 | 5:30 AM
Sanjungan tinggi buat The Rhythm Boys
PENGHORMATAN TERTINGGI: Dua anggota A Ramlie and The Rhythm Boys, kketua dan bes gitar, Mohamad Ali Taib (kiri) dan adiknya pemain dram, Mohamad Arif Taib (kanan) serta penyanyi dan adik kepada Allahyarham A. Ramlie, A. Ramlan (tengah), menaiki pentas untuk menerima Anugerah Khas Planet Muzik. Menyampaikan anugerah tersebut ialah Ketua Penyiaran Melayu MediaCorp, Cik Zakiah Halim (kanan). - Foto TUKIMAN WARJI -
LEGENDA dan pemuzik peritis Singapura, A. Ramlie and The Rhythm Boys, diberi sanjungan tertinggi atas sumbangan mereka kepada persada muzik tanah air di acara Anugerah Planet Muzik (APM) 2015 malam kelmarin.
Penyanyi dan kugiran band kegemaran ramai pada era 1960-an itu telah mendapat pengiktirafan Anugerah Khas Planet Muzik sempena sambutan ulang tahun Singapura yang ke-50 tahun di Suntec Singapore.
