Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saranan baru perlukan semua pertubuhan senarai dengan pendaftaran ID SMS yang disokong pemerintah untuk perangi penipuan

Aug 15, 2022 | 9:30 PM
PALSU: Iras beri amaran tentang SMS oleh pihak yang menyamar sebagai pihak berkuasa cukai itu.
PALSU: Iras beri amaran tentang SMS oleh pihak yang menyamar sebagai pihak berkuasa cukai itu. -

Semua pertubuhan yang berkomunikasi dengan orang ramai melalui SMS perlu menyenaraikan ID penghantar SMS mereka dengan satu pendaftaran pusat yang disokong pemerintah, jika satu cadangan pelbagai serampang untuk menangani penipuan diluluskan. Pendaftaran ID Pengirim SMS Singapura (SSIR), yang mula beroperasi pada Mac tahun ini, dikatakan mampu mengesan dan menyekat SMS palsu. Ia dikendalikan anak syarikat Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Singapore Network Information Centre. Sejak dilancarkan, lebih 120 pertubuhan sektor awam dan swasta telah mendaftar. Sejak pelancaran pendaftaran itu, jumlah kes penipuan SMS yang dilaporkan telah merosot tiga kali ganda, kata IMDA pada Isnin (15 Ogos). "Untuk membina keupayaan pencegahan penipuan lebih kukuh, kami berhasrat mahu menjadikan pendaftaran SSIR sebagai satu keperluan bagi pertubuhan yang menggunakan ID pengirim," kata IMDA. Ini bermakna hanya ID pengirim yang berdaftar akan dibenarkan untuk menghantar SMS. Semua ID penghantar lain yang tidak berdaftar akan disekat secara automatik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg