SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Saranan jadikan Fort Siloso sebagai Monumen Negara

Saranan jadikan Fort Siloso sebagai Monumen Negara

Jan 19, 2022 | 5:30 AM

Saranan jadikan Fort Siloso sebagai Monumen Negara

- Foto BH oleh DESMOND FOO
- Foto BH oleh DESMOND FOO -

FORT Siloso di Sentosa (gambar atas) boleh menjadi Monumen Negara yang ke-74 menyusuli cadangan untuk diwartakannya, kata Lembaga Warisan Kebangsaan (NHB) semalam.

Tapak bersejarah itu akan diwartakan bulan depan jika cadangan itu diluluskan, dan akan menjadi Monumen Negara yang kelapan berkaitan Perang Dunia Kedua di pulau itu.

Dibina oleh tentera British di Sentosa pada awal 1880-an, Fort Siloso adalah salah satu daripada tiga kubu yang bertujuan untuk melindungi laluan perkapalan di selatan Singapura, menurut NHB di laman web Roots.sg.

Fort Siloso dibuka semula pada tahun 1975 sebagai tarikan pelancong. Kubu yang dipulihkan terdiri daripada terowong bawah tanah, bunker dan penempatan senjata api.

NHB telah mewartakan tiga jambatan Sungai Singapura - Jambatan Cavenagh, Anderson dan Elgin - sebagai Monumen Negara kali terakhir pada 2019.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg