Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sarang burung falkon peregrine direkod buat kali pertama di S’pura

Nov 23, 2024 | 6:19 PM
Zamil penyelidik Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Encik Shawndy Michael Lee (kiri), dan penolong penyelidik kanan, Encik Liu Jingmin, menunjukkan peranti yang digunakan untuk mengambil telur burung falkon peregrine di bangunan Pusat OCBC pada 15 November.
Zamil penyelidik Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Encik Shawndy Michael Lee (kiri), dan penolong penyelidik kanan, Encik Liu Jingmin, menunjukkan peranti yang digunakan untuk mengambil telur burung falkon peregrine di bangunan Pusat OCBC pada 15 November. - Foto ST

Haiwan terpantas di bumi – burung falkon peregrine – telah dikesan bersarang di bangunan Pusat OCBC di Chulia Street.

Pada 29 Oktober, saintis menemui dua telur belum menetas dari sarang tersebut dan terdapat retakan kecil pada satu daripadanya.

Sepasang telur itu dipercayai adalah tanda pembiakan burung falkon peregrine pertama yang didokumenkan di Singapura.

Untuk mengambil telur tersebut, Lembaga Taman Negara (NParks) meminta bantuan pasukan penyelidik robotik dari Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).

Pasukan itu, yang terdiri daripada lima anggota, pada mulanya berhasrat menggunakan dron untuk mengambil kededua telur, tetapi kemudian memilih menggunakan peranti yang mempunyai pencengkam.

Menurut Penyelidik Utama bagi Penyelidikan Pengurusan Hidupan Liar NParks, Dr Malcolm Soh, telur itu ditinggalkan oleh burung yang menelurkannya.

“Dalam persekitaran semula jadi, biasanya terdapat permukaan kerikil lembut untuk burung bertelur.

“Tetapi di sini, mereka tidak mempunyai permukaan seperti itu, jadi itu mungkin menjadi faktor penyebab telur itu retak,” jelas Dr Soh.

Untuk membantu burung falkon itu bersarang dan membiak dengan lebih baik, pasukan penyelidik NParks pada 22 November memasang satu dulang yang dipenuhi dengan kerikil pada satu sudut di bangunan Pusat OCBC.

“Sekiranya burung falkon peregrine menemui dulang ini, mereka boleh meletakkan telur di atasnya. Semoga telur akan menetas kali ini,” tambah Dr Soh.

Dulang itu akan ditinggalkan di sudut itu untuk membolehkan burung falkon peregrine membiasakan diri dengannya sebelum tempoh bersarang mereka, iaitu dari sekitar akhir Januari hingga awal Februari 2025.

Sistem kamera CCTV juga dipasang untuk membolehkan penyelidik memantau kitaran pembiakan burung itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg