Satu gerabak kereta api, 4 stesen MRT papar hasil seni pelajar autisme
Premium
Satu gerabak kereta api, 4 stesen MRT papar hasil seni pelajar autisme
Apr 13, 2018 | 5:30 AM
KERETA API ISTIMEWA: Sebuah kereta api di Laluan Downtown dihias dengan hasil karya pelajar yang mempunyai autisme. Ia merupakan sebahagian usaha meningkatkan kesedaran awam tentang golongan tersebut dan meraikan bakat mereka. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -
SEBUAH gerabak kereta api istimewa telah dihias dengan karya seni pelajar autisme dalam usaha meningkatkan Kesedaran Autisme Sedunia Singapura.
Kereta api berhias dengan tema autisme itu adalah yang pertama di sini dan dijayakan dengan kerjasama antara Pusat Sumber Autisme (ARC), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SBS Transit.

