Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Satu kelompok jangkitan Covid-19 di dormitori ditutup; 22 pesakit dibenar pulang dari hospital: MOH

Sep 30, 2020 | 11:19 PM
KELOMPOK DITUTUP: Memandangkan tiada lagi kes berkait dengan dormitori Cochrane Lodge II di Admiralty Road West, kelompok di sini ditutup. - Foto FAIL
KELOMPOK DITUTUP: Memandangkan tiada lagi kes berkait dengan dormitori Cochrane Lodge II di Admiralty Road West, kelompok di sini ditutup. - Foto FAIL -

DALAM kalangan 23 kes jangkitan baru Covid-19 yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH), 87 peratus daripadanya diimport atau berkait dengan kes atau kelompok sebelum ini.

Baki 13 peratus pula menanti hasil proses jejak kontak, jelas MOH dalam kenyataannya pada Rabu malam.

Dalam memantau kelompok yang ada kini bagi memastikan tiada jangkitan lanjutan, MOH juga mengesan tiada lagi kes berkait dengan dormitori Cochrane Lodge II di 49 Admiralty Road West bagi dua tempoh inkubasi selama 28 hari.

Lantaran itu, kelompok di dormitori itu sudah ditutup.

Dalam kalangan empat kes import yang dikesan, seorang daripadanya adalah warga Singapura dan seorang lagi adalah Penduduk Tetap yang pulang ke Singapura dari India dan Indonesia.

Baki dua kes import ini adalah pemegang permit kerja yang datang ke sini dari Filipina dan merupakan pekerja di Singapura.

Dalam kalangan tiga kes masyarakat, dua dikesan hasil pemantauan proaktif dan pemeriksaan MOH. Baki satu kes pula berkait dengan kes sebelum ini dan dikesan sewaktu kuarantin.

MOH juga menambah, sebanyak 22 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Sebanyak 41 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg