Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Satu lagi stesen ditambah bagi TEL di Peringatan Pengasas di Marina Bay

Jan 7, 2019 | 7:40 PM
PERINGATAN PENGASAS: Peringatan Pengasas yang sedang dibina terletak di sebuah tapak lima hektar di kawasan Marina Bay.
PERINGATAN PENGASAS: Peringatan Pengasas yang sedang dibina terletak di sebuah tapak lima hektar di kawasan Marina Bay. - Foto LIM YAOHUI

LALUAN MRT Thomson-East Coast (TEL) akan mempunyai satu lagi stesen antara Tanjong Rhu dengan stesen Gardens by the Bay, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Stesen Peringatan Pengasas itu terletak sebelah tapak peringatan seluas lima hektar yang sedang dibina untuk memperingati sumbangan pengasas Singapura moden.

Kedua-dua stesen MRT dan tapak peringatan itu dijadual dibuka pada 2025.

Peruntukan kejuruteraan bagi membina stesen MRT di situ telah disediakan namun stesen itu tidak diumumkan sebelum ini kerana rancangan bagi membina tapak peringatan tersebut hanya disahkan pada 2017.

Bahagian pertama TEL - yang merangkumi tiga stesen dari Woodlands South ke Woodlands North - akan mula beroperasi tahun ini.

Bahagian keduanya - dari Caldecott ke Springleaf - pula akan dibuka tahun depan.

Bahagian ketiga TEL - dari Gardens by the Bay ke Mount Pleasant - akan dibuka menjelang 2021 manakala bahagian dari Tanjong Rhu ke Bayshore pula akan dibuka menjelang 2023.

Bahagian terakhir TEL - dari Bedok South ke Sungei Bedok - dijangka siap menjelang 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg