Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Satu lagi tarikan dibuka semula bagi warga setempat

Nov 21, 2020 | 5:30 AM
- Foto GARDENS BY THE BAY
- Foto GARDENS BY THE BAY -

PAMERAN bertiket Floral Fantasy di Gardens by the Bay dibuka semula kepada awam hari ini, yang bermakna semua pameran bertiket di sana telah dibuka semula sejak ditutup akibat pandemik Covid-19.

Turut dibuka semula kepada awam ialah Supertree Observatory yang sebelum ini hanya menerima tempahan bagi acara yang dibenarkan. Ia akan mula menerima pengunjung bermula 1 Disember antara 4 petang dengan 10 malam.

Dalam kenyataannya semalam, Gardens by the Bay berkata semua tarikan di sana dibuka semula kerana ia menjangka permintaan yang meningkat dalam kalangan pengunjung tempatan.

"Dengan bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat kekal rendah, dan menjelang musim perayaan akan datang, taman ini membuka semula semua tarikan untuk memenuhi permintaan yang dijangka daripada pelawat tempatan, kebanyakannya yang tidak dapat ke luar negara dalam tempoh ini," ujar kenyataan itu.

Semua pelawat perlu membeli tiket secara dalam talian menerusi laman web rasmi atau aplikasi telefon bimbit.

Tiket ini juga akan menunjukkan masa masuk tertentu bagi setiap pelawat setempat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg