Premium
'Saya sepatutnya ada di pasar Berlin'
Dec 24, 2016 | 5:30 AM
TERSELAMAT DEK KELETIHAN: Pasangan Cik Nurulhuda Syed Mahmood Albukhari dan suaminya, Encik Fairoz Leonard Wilfred D'Cruz, bersyukur tidak ke pasar Krismas Berlin kerana keletihan. Ini merupakan gambar mereka di pasar Krismas di Frankfurt beberapa hari sebelum kejadian rempuhan lori di Berlin. - Foto ihsan NURULHUDA SYED MAHMOOD ALBUKHARI -
CIK Nurulhuda Syed Mahmood Albukhari dan keluarganya sepatutnya melawat pasar Krismas di Berlin memandangkan ia antara tempat tarikan paling popular di bandar itu.
Namun, ekoran terlalu keletihan kerana baru sahaja tiba di Berlin sekitar 6 petang, beliau serta lima lagi anggota keluarganya termasuk suami, Encik Fairoz Leonard Wilfred D'Cruz, 32 tahun, yang ke Berlin untuk bercuti, memilih tidak mengunjungi pasar tersebut.

