Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sayap Wanita PAP seru wanita bentuk masa depan Singapura

Mar 4, 2023 | 7:26 PM
HARI WANITA SEDUNIA: Encik Lawrence Wong (tengah) dan lebih 300 anggota parlimen dan aktivis wanita hadir di acara meraikan IWD yang diadakan di bangunan YWCA di Fort Canning Road pada Sabtu, 4 Mac.
HARI WANITA SEDUNIA: Encik Lawrence Wong (tengah) dan lebih 300 anggota parlimen dan aktivis wanita hadir di acara meraikan IWD yang diadakan di bangunan YWCA di Fort Canning Road pada Sabtu, 4 Mac. - Foto CMG

SAYAP Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) menyeru wanita di Singapura untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk masa depan negara dan menyertai usaha untuk mengambil tindakan bagi masyarakat sedang Singapura melakar hala tuju ke hadapan.

Menyedari peranan wanita dalam membina negara dan aspirasi mereka untuk masa depan, Sayap Wanita PAP menumpukan perhatian kepada wanita yang mengambil tindakan untuk membawa Singapura ke hadapan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) tahun ini.

Pengerusi Sayap Wanita PAP, Cik Sim Ann berkata:

"Kami percaya bahawa wanita di Singapura mahu memainkan peranan aktif dalam membawa Singapura ke hadapan.

Aktivis Sayap Wanita PAP telah memberi kesan kepada masyarakat setempat kami, dan kami mengalu-alukan lebih ramai wanita yang berfikiran serupa untuk menyertai kami."

Pada Sabtu (4 Mac), lebih 300 anggota parlimen dan aktivis wanita hadir di acara meraikan IWD yang diadakan di bangunan YWCA di Fort Canning Road.

Turut hadir sebagai tetamu terhormat ialah Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong yang mengatakan perlu ada anjakan pemikiran seluruh masyarakat dan kerjasama kukuh antara golongan lelaki dan wanita untuk mengatasi stereotaip jantina serta membolehkan kaum Hawa terus maju dalam masyarakat.

"Melebihi sokongan pemerintah, kita perlukan usaha seluruh masyarakat untuk mengatasi stereotaip jantina dan menjadikan Singapura tempat di mana setiap kanak-kanak perempuan dan wanita boleh mencapai potensi penuhnya.

"Satu aspek daripada hal ini ialah memahami kecenderungan berat sebelah kita dan bagaimana ia boleh membawa kepada tingkah laku diskriminasi.

"Kita mesti bermula daripada awal di sekolah dan di rumah - ajar setiap anak bahawa lelaki dan wanita mesti dilayan dengan rasa hormat yang sama," kata Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg