Topic followed successfully
Go to BHkuSayu lihat kesusahan hidup orang kampung dorong peniaga S'pura urus korban
Premium
Sayu lihat kesusahan hidup orang kampung dorong peniaga S'pura urus korban
Oct 12, 2014 | 6:22 AM
Sayu lihat kesusahan hidup orang kampung dorong peniaga S'pura urus korban
PERASAAN sayu dan sedih menyelubungi hati Encik Hamzah Kochen Mohamed apabila beliau mendengar setiap penduduk desa-desa di Semarang hanya membawa pulang lauk berisi seketul daging kambing korban yang telah dimasak.
Pemilik Shakira's Butchery & Wedding Services itu tambah sedih kerana beribu-ribu orang datang untuk mengambil daging korban sedangkan kambing yang disembelih sempena Hari Raya Aidiladha boleh dibilang dengan jari - antara 10 dengan 20 kambing setiap tahun.
