Premium
Sayyad Milne 'manja, aktif bersukan dan pencinta alam'
Ibu imbas detik ngeri lihat 'mayat bertimpa-timpa'
Mar 20, 2019 | 5:30 AM
KEHILANGAN BESAR: Allahyarham Sayyad (dua dari kanan), yang meninggal dunia dalam serangan pengganas di New Zealand, baru sahaja bercuti di Krabi, Thailand, pada Januari lalu bersama-sama (dari kiri) kakaknya, Cahaya Milne, 16 tahun, abangnya, Shuayb Milne, 16 tahun, dan sepupunya, Encik Khairul. Ibu Allahyarham, Cik Noraini, yang bercuti bersama mereka, tidak mahu gambar beliau disiarkan. - Foto ihsan NORAINI ABBAS
SEPERTI rutin biasanya setiap Jumaat, Sayyad Milne, 14 tahun, akan ke Masjid Al-Noor untuk mengerjakan solat Jumaat.
Ibunya pula, Cik Noraini Abbas, akan turut solat berjemaah di masjid itu sebelum menunggu anaknya untuk bersama-sama pulang ke rumah.

