Premium
SCCCI kumpul derma $1.1j bantu mangsa virus di China
Feb 18, 2020 | 5:30 AM
SOKONGAN BERERTI: (Dari kiri) Setiausaha agung dan ketua pegawai eksekutif SRC, Encik Benjamin William, Presiden SCCCI, Encik Roland Ng dan Duta Besar China ke Singapura, Encik Hong Xiaoyong, bergambar bersama di majlis penyampaian semalam. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -
ANGGOTA majlis Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) telah mengumpulkan derma bernilai $1.1 juta untuk membantu mangsa koronavirus di China, kata SCCCI semalam.
Derma itu disalurkan kepada Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) dan dikumpulkan dalam masa empat hari, selepas Kementerian Ehwal Luar mengumumkan pada 4 Februari bahawa ia akan memberi sumbangan $1 juga kepada SRC.

