Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SCDF akan bunyikan isyarat mesej penting di seluruh S’pura pada 15 Feb

Feb 13, 2025 | 3:16 PM
Rangkaian semboyan Sistem Amaran Awam (PWS) di seluruh Singapura akan membunyikan isyarat Mesej Penting sebagai menandakan Hari Pertahanan Mutlak pada 15 Februari, 6.20 petang.
Rangkaian semboyan Sistem Amaran Awam (PWS) di seluruh Singapura akan membunyikan isyarat Mesej Penting sebagai menandakan Hari Pertahanan Mutlak pada 15 Februari, 6.20 petang. - Foto fail

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan isyarat Mesej Penting menggunakan rangkaian semboyan Sistem Amaran Awam (PWS) di seluruh Singapura pada 15 Februari.

Bunyi semboyan itu akan dibunyikan selama seminit mulai 6.20 petang.

Dalam satu kenyataan media SCDF pada 13 Februari, mereka menyatakan bahawa orang ramai tidak perlu risau apabila mendengar bunyi semboyan tersebut.

Isyarat itu juga akan berbunyi selama 20 saat pada semua telefon bijak yang memuat turun aplikasi mudah alih SGSecure, yang akan diikuti dengan teks ringkas mengenai bunyi PWS itu.

Sambil itu, SCDF berkata pemberitahuan dan amaran aplikasi itu mesti dibolehkan untuk menerima isyarat dan mesej teks.

Orang ramai boleh mendapatkan mesej ringkas mengenai sistem amaran awam sebaik sahaja mendengar isyarat tersebut di stesen radio atau saluran televisyen tempatan.

Bagi sesiapa yang terlepas mesej tersebut, mereka boleh lungsuri laman web https://go.gov.sg/pws untuk mengetahui lebih lanjut tentang isyarat tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg