Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SCDF bunyikan siren Mesej Penting seluruh SG satu minit esok

Feb 14, 2022 | 5:30 AM
ENCIK LEE HSIEN LOONG
ENCIK LEE HSIEN LOONG -

SIREN selama seminit akan dibunyikan pada 6.20 petang esok.

Bunyi tersebut merupakan isyarat Mesej Penting yang akan dibunyikan di seluruh Singapura oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

SCDF berkata melalui satu kenyataannya semalam bahawa siren tersebut akan dibunyikan selama seminit menggunakan siren sistem amaran awam (PWS) seluruh Singapura.

Ia akan dibunyikan pada 6.20 petang menandakan detik penting apabila pihak British menyerah kepada kuasa Jepun pada hari yang sama pada 1942.

Isyarat juga akan berbunyi untuk semua telefon bijak yang telah memuat turun Aplikasi Mudah Alih SGSecure. Isyarat akan berhenti sebaik sahaja mesej diterima atau berhenti selepas 20 saat. Ini akan diikuti dengan teks ringkas mengenai bunyi PWS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg