SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

SCDF selamatkan tiga orang terperangkap di flat Sengkang selepas PMD terbakar di ruang tamu

SCDF selamatkan tiga orang terperangkap di flat Sengkang selepas PMD terbakar di ruang tamu

Mar 10, 2020 | 6:09 PM

SCDF selamatkan tiga orang terperangkap di flat Sengkang selepas PMD terbakar di ruang tamu

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah memberi respons kepada satu kejadian kebakaran di unit flat tingkat empat di Blok 111 Rivervale Walk pada sekitar 5.30 pagi Selasa (10 Mac). - Foto FACEBOOK SINGAPORE CIVIL DEFENCE FORCE
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah memberi respons kepada satu kejadian kebakaran di unit flat tingkat empat di Blok 111 Rivervale Walk pada sekitar 5.30 pagi Selasa (10 Mac). - Foto FACEBOOK SINGAPORE CIVIL DEFENCE FORCE -

TIGA orang telah diselamatkan dari flat yang terbakar di Sengkang, selepas alat mobiliti peribadi (PMD) dalam flat itu terbakar.

PMD itu, mengikut siasatan awal Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), tidak mematuhi piawaian UL2272 dan sedang dicas apabila kebakaran berlaku.

Dalam kenyataannya yang diterbitkan di Facebook, SCDF berkata semua tiga penghuni flat dan dua jiran mereka dibawa ke hospital dalam keadaan selamat.

Sekitar 80 penduduk di blok itu diminta keluar dari flat mereka semasa kejadian itu, tetapi dibenar pulang ke rumah masing-masing selepas api dipadamkan.

Menurut SCDF, pegawainya telah dikerah ke unit tingkat empat di Blok 111 Rivervale Walk sekitar 5.30 pagi pada Selasa (10 Mac).

"Tiga orang terperangkap berdekatan tingkap ruang tamu di dalam unit flat itu," kata SCDF.

"Anggota bomba SCDF, secara paksa, memasuki unit itu melalui tingkap dan cuba menyelamatkan penghuni flat. Pada masa yang sama, pegawai SCDF yang lain, yang memakai alat bantuan pernafasan memecah masuk unit yang dipenuhi asap itu melalui pintu depan, untuk memadamkan api."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg