Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SCDF tingkat pemeriksaan

Dec 24, 2022 | 5:30 AM
0b820796-4e70-4de3-8b6a-9146a9f73f1f
-

PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah meningkatkan pemeriksaan penguatkuasaannya di premis yang dijangka sesak sempena musim perayaan ini.

Dalam kenyataannya di Facebook kelmarin, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan keselamatan kebakaran minggu lepas, di mana pasukan penguatkuasa SCDF memeriksa premis komersial bagi memastikan pematuhan.

"Pelanggaran keselamatan kebakaran biasa dikesan di premis komersial. Beberapa pelanggaran termasuk langkah keselamatan kebakaran yang tidak diselenggara seperti lampu keluar, lampu kecemasan dan alat pemadam api, serta halangan pada gegelung air, panel akses anggota bomba dan laluan melarikan diri semasa kecemasan.

"Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap entiti yang bertanggungjawab," kata agensi itu.

SCDF akan meneruskan pemeriksaan penguatkuasaan keselamatan kebakaran yang dipertingkatkan sepanjang musim perayaan.

Pengusaha premis komersial diingatkan supaya sentiasa mematuhi keperluan keselamatan kebakaran bagi melindungi keselamatan semua.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg