SCIS bakal rasmi kerjasama dengan 3 institusi luar negara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SCIS bakal rasmi kerjasama dengan 3 institusi luar negara

Mar 5, 2026 | 3:32 PM

SCIS bakal rasmi kerjasama dengan 3 institusi luar negara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, SCIS, islamic institution
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. - Foto MDDI

Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) akan merasmikan kerjasama dengan tiga institusi Islam luar negara bagi program sarjana muda dan laluan pengkhususan dalam pengajian Islamnya pada 2026.

Tiga institusi itu ialah Universiti Jordan, Universiti Al-Qarawiyyin di Maghribi dan Dar al-Ifta di Mesir.

Kerjasama itu akan membolehkan lulusan SCIS meraih manfaat daripada pertukaran ilmu dengan tiga institusi Islam dihormati itu, sekali gus menyediakan asas kukuh dalam sains Islam dan bahasa Arab yang penting bagi pembangunan mereka sebagai asatizah dan lulusan pengajian agama, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

SCIS sebelum ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pada Disember 2025 untuk membangunkan bersama laluan pengkhususan sains kemasyarakatan kolej tersebut.

Ini akan meningkatkan peluang kerjaya bagi lulusan SCIS di luar peranan agama tradisional, di samping mengekalkan standard yang diperlukan untuk menjadi asatizah ‘Tahap Satu’ di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

Bercakap di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) mengenai ehwal masyarakat Islam di Parlimen pada 5 Mac, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata usaha itu bertujuan melahirkan barisan asatizah yang lebih berdaya saing dan sedia membimbing masyarakat berdepan dengan isu-isu kontemporari yang rumit.

Ini seperti cabaran sosial, kemajuan teknologi dan konflik geopolitik.

Oleh itu, beliau menambah bahawa asatizah hari ini memerlukan bukan hanya ilmu agama yang mendalam, malah keupayaan berhubung dengan orang ramai dan merapatkan masyarakat yang berbeza dengan kebijaksanaan dan belas ihsan.

“Adalah penting bagi asatizah kita menjiwai nilai ini, berinteraksi dengan empati dan membangunkan kemahiran relevan untuk menjadi pembimbing berkesan kepada masyarakat dalam landskap global yang rumit hari ini,” kata beliau.

Dr Faishal menambah bahawa SCIS mengikut jadual untuk menerima kohort 60 pelajar pertamanya pada 2028, dengan pembangunan kampusnya di Rochor juga sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg