Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Scoot akan lancar penerbangan ke Kertajati, Melaka dengan jet Embraer baru

Aug 6, 2024 | 7:18 PM
Scoot membuka tempahan bagi penerbangan ke Kertajati dan Melaka  menggunakan jet Embraer E190-E2 seperti ini.mulai 6 Ogos.
Scoot membuka tempahan bagi penerbangan ke Kertajati dan Melaka menggunakan jet Embraer E190-E2 seperti ini.mulai 6 Ogos. - Foto ST

Syarikat penerbangan bajet Scoot akan berlepas ke Kertajati di Indonesia mulai September dan Melaka mulai Oktober, dengan jet serantau Embraer barunya.

Ia akan menerbangkan pesawat Embraer E190-E2 itu ke Kertajati dua kali seminggu mulai 28 September dan ke Melaka lima kali seminggu mulai 23 Oktober, kata Scoot dalam satu kenyataan pada 6 Ogos.

Perkhidmatan baru itu akan bermula selepas Scoot menerima pesawat Embraer yang ketiga dan keempat pada September dan Oktober, lapor The Straits Times.

Penerbangan ke Kertajati dan Melaka itu boleh ditempah mulai 6 Ogos melalui laman web dan aplikasi syarikat tersebut, dan secara progresif melalui saluran jualan lain.

Scoot, cabang tambang murah syarikat penerbangan nasional Singapore Airlines, berkata jet Embraer E190-E2 juga akan digunakan bagi laluan sedia ada, seperti ke Pekanbaru di Indonesia dua kali seminggu mulai Oktober.

Ia juga akan mengendalikan pesawat itu ke Balikpapan dan Makassar di Indonesia empat kali seminggu mulai Oktober.

Mulai November, jet itu akan menyediakan perkhidmatan ke Davao di Filipina sembilan kali seminggu – naik daripada tujuh kali seminggu sekarang dengan jet Airbus A321neo.

Mulai Disember pula, pesawat Embraer itu akan menyediakan perkhidmatan ke Vientiane, ibu kota Laos, empat kali seminggu -- meningkat daripada tiga kali seminggu sekarang dengan pesawat Airbus A320.

Pengumuman Scoot pada 6 Ogos itu didorong penambahan penerbangan hariannya ke Lapangan Terbang Subang di Kuala Lumpur, yang dijadualkan bermula dari September, menggunakan pesawat Airbus A320 miliknya.

Dengan perubahan tersebut, syarikat penerbangan itu berkata ia akan mengendalikan 78 penerbangan mingguan ke Indonesia dan 115 penerbangan mingguan ke Malaysia menjelang Oktober.

Ia akan menyediakan 37 penerbangan mingguan ke Filipina menjelang November.

Scoot berkata ini bermakna ia akan menyediakan perkhidmatan ke 72 destinasi di seluruh dunia, dengan lebih banyak hubungan terus ke bandar di seluruh Asia Tenggara.

Buat masa ini, Scoot menerbangkan jet Embraer miliknya ke Krabi, Hat Yai dan Koh Samui, di Thailand; dan Miri, Kuantan dan Sibu di Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg