Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Scoot laksana langkah tambahan demi keselamatan penumpang

May 10, 2020 | 5:30 PM
BENDUNG PENULARAN VIRUS: Scoot telah menetapkan satu set prosedur operasi standard untuk menangani penyakit berjangkit, serta prosedur operasi yang disempurnakan untuk membersihkan dan membasmi kuman pesawat.
BENDUNG PENULARAN VIRUS: Scoot telah menetapkan satu set prosedur operasi standard untuk menangani penyakit berjangkit, serta prosedur operasi yang disempurnakan untuk membersihkan dan membasmi kuman pesawat. - - Foto: REUTERS

SYARIKAT penerbangan, Scoot, akan melaksanakan langkah berjaga-jaga tambahan Covid-19 untuk penumpang, termasuk mensyaratkan semua penumpang memakai pelitup dalam penerbangan dan menyerahkan borang Akuan Kesihatan sebelum mendaftar masuk. Pemeriksaan suhu juga akan dilakukan pada waktu daftar masuk.

Ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mengenai langkah pencegahan tambahan Covid-19 untuk syarikat penerbangan Singapura, yang berkuatkuasa sejak 10 Mei lalu.

Dalam kenyataannya, Scoot menyatakan sejak awal tahun ini, ia telah melaksanakan beberapa langkah ini untuk menjaga keselamatan dan kesihatan penumpang dan anak kapalnya.

"Semua kru operasi Scoot sudah menjalani pengambilan suhu ebelum penerbangan, diminta untuk memantau kesihatan mereka, dan harus memakai PPE (Peralatan Perlindungan Diri) yang sesuai ketika bertugas.

"Semua penerbangan Scoot pada masa ini beroperasi dengan perkhidmatan penerbangan yang terhad dan, jika boleh, penumpang duduk untuk memastikan jarak yang selamat.

"Scoot juga telah menetapkan satu set prosedur operasi standard untuk menangani penyakit berjangkit, serta prosedur operasi yang disempurnakan untuk membersihkan dan membasmi kuman pesawat kami," menurut syarikat itu.

Sebelum ini, Scoot membenarkan bagasi kabin hingga 10kg dan 15kg masing-masing di Economy dan ScootPlus.

Untuk mengehadkan bagasi di dalam pesawat dan memudahkan urusan keselamatan dan menaiki kapal terbang, kami hanya akan membiarkan sehingga 3kg bagasi kabin di dalam pesawat. Menurut Scoot, bagasi kabin yang berlebihan perlu didaftarkan, tanpa kos tambahan. Ejen pengendali di lapangan akan membantu penumpang mengenai keperluan bagasi kabin yang baru di pintu masuk ke kaunter daftar masuk.

"Scoot akan terus memantau situasi, dan mengembangkan panduan peraturan, dan menyemak prosedur operasi kami sebagaimana yang diperlukan," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg