Scoot sambung semula khidmat penerbangan ke Jeddah mulai 21 Okt

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Scoot sambung semula khidmat penerbangan ke Jeddah mulai 21 Okt

Sep 30, 2021 | 5:30 AM

Scoot sambung semula khidmat penerbangan ke Jeddah mulai 21 Okt

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
1aa58371-a898-43c6-88b0-2844b22c2d5b
-

SYARIKAT penerbangan tambang murah Scoot akan menyambung semula penerbangannya ke Jeddah, Arab Saudi, bagi individu yang telah divaksin sepenuhnya bermula 21 Oktober ini, sedang ia memperluas beberapa lagi khidmatnya pada bulan yang sama.

Ia juga akan menyambung semula penerbangan ke Phuket pada 8 Oktober, selain menambah khidmat penerbangan antara Athens di Greece dengan Berlin di Jerman daripada tiga kali kepada empat kali seminggu mulai 17 Oktober.

Dalam kenyataannya semalam, Scoot berkata khidmat Athens-Berlin itu disambung semula sejak Ogos 2021 untuk memenuhi permintaan musim cuti panas di sana.

Namun ia kini memutuskan untuk menambah kekerapan penerbangan itu bagi memenuhi permintaan perjalanan dari Eropah ke Singapura dan ke negara-negara lain dalam rangkaian Asia-Pasifik Scoot.

Buat masa ini, Singapura telah melaksanakan skim Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) bagi Jerman dan Brunei.

Di bawah skim itu, pelancong yang telah menerima suntikan vaksin dari kedua-dua negara tersebut boleh memasuki Singapura dan meneruskan kegiatan mereka tanpa dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Dalam pada itu, Scoot berkata penerbangan ke Phuket yang kini disambung semula ditujukan kepada pengunjung ke Phuket di bawah skim 'sandbox' atau ujian.

Di bawah skim itu, individu yang divaksin sepenuhnya boleh memasuki Phuket setibanya di sana tanpa menjalani kuarantin.

Scoot menambah ia akan terus menambah kapasiti penumpang dan menyambung semula khidmat penerbangan tertentu dengan cara yang selamat dan bertahap.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg