Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

SDP lancar kempen bagi GE 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SDP lancar kempen bagi GE 2024

May 11, 2024 | 07:30 PM



Parti Demokratik Singapura (SDP) telah melancarkan kempen bagi Pilihan Raya Umum (GE) 2024.

Antara isu yang akan diberi tumpuan dalam kempen pilihan raya ini adalah mengenai pekerja asing yang dikatakan SDP sebagai tidak membantu produktiviti perniagaan, mendorong kos sara hidup, mewujudkan ketidaksamaan dan menghakis identiti nasional.

Bercakap semasa acara pelancaran kempen di ibu pejabat SDP di Bukit Batok Crescent pada 11 Mei, Setiausaha Agung SDP, Dr Chee Soon Juan, berkata pihaknya akan memberi perhatian kepada isu-isu ini “dalam beberapa minggu dan bulan akan datang” menjelang GE.

“PAP (Parti Tindakan Rakyat) mesti memberitahu rakyat Singapura secara khusus, berapakah jumlah kemasukan pekerja asing yang akan dikurangkan, dan bila ia akan melaksanakannya... Apakah matlamat akhir mereka dan bila? Supaya kami dapat memantau apa yang anda katakan,” kata Dr Chee.

Tambahnya, jika PAP tidak memberikan jawapan khusus, SDP akan berusaha untuk mencadangkan jumlah pemotongan khusus untuk mengurangkan kemasukan pekerja asing.

Beliau menambah SDP akan membentuk sebuah jawatankuasa kerja dan bekerjasama dengan ahli ekonomi, organisasi dan pakar untuk mengemukakan cadangan tersebut.

“Kemudian kami akan memberitahu pengundi bahawa ini adalah cadangan kami. Kami akan menyokong (cadangan baru itu) sepenuhnya,” kata Dr Chee.


Semasa majlis itu, Pengerusi SDP, Dr Paul Tambyah, turut berkata bahawa SDP “tiada rancangan untuk membentuk pemerintah baru”.

“SDP secara lazim menghasilkan 11 atau 12 orang calon, dan kami realistik tidak akan membentuk pemerintah.

“Matlamat kami adalah untuk menghalang PAP daripada mendapat majoriti dua pertiga,” kata Dr Tambyah.

Ketika ditanya wartawan mengenai kawasan mana SDP mungkin bertanding dan calon yang akan diketengahkan, Dr Chee berkata partinya perlu menunggu laporan Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) dikeluarkan sebelum mengumumkan rancangan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >