Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura dalam perbincangan tubuh 'laluan hijau' bagi perjalanan dengan negara yang Covid-19 terkawal

May 29, 2020 | 3:45 PM
Protokol untuk perjalanan penting akan termasuk menjalani ujian bagi pelawat yang keluar dan masuk Singapura. - Foto FAIL ST
Protokol untuk perjalanan penting akan termasuk menjalani ujian bagi pelawat yang keluar dan masuk Singapura. - Foto FAIL ST -

LARANGAN bagi perjalanan penting akan dilonggarkan secara berperingkat di tengah-tengah langkah menubuhkan "laluan hijau" dengan negara di mana keadaan Covid-19 terkawal, kata Menteri Pembangunan Nasional Encik Lawrence Wong pada Khamis (28 Mei).

Namun, perjalanan besar-besaran masih tidak dibenarkan.

Beliau menegaskan perjalanan besar-besaran "akan mengambil masa yang lebih lama untuk disambung semula, bukan hanya di Singapura, tetapi juga di peringkat antarabangsa".

Encik Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19, berkata protokol untuk perjalanan penting akan termasuk menjalani ujian bagi pelawat yang keluar dan masuk Singapura.

Perbincangan untuk menubuhkan "gelembung perjalanan" atau "travel bubbles" dengan negara lain kini di tahap yang berbeza-beza, dengan beberapa negara di tahap yang lebih maju sementara yang lain baru sahaja bermula.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg