Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura dan Saudi meterai MOU dalam perlindungan sekitaran dan sumber air

Nov 7, 2019 | 9:29 PM
68043df0-ee3b-4453-a3a7-e706abd750a0
-

SINGAPURA dan Arab Saudi, pada Rabu (6 November), telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bagi memperdalam kerjasama dalam perlindungan sekitaran dan pengurusan sisa air. Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan rakan sejawatannya dari Saudi Abdulrahman Al-Fadli menandatangani MOU itu. Encik Masagos berkata MOU ini adalah saat mercu tanda dalam hubungan dua hala antara Singapura dengan Saudi dan membuka laluan bagi kerjasama lebih luas dalam perlindungan sekitaran dan pengurusan sumber air. "Singapura telah bekerjasama dengan Saudi sejak dulu lagi - dalam usaha penyulingan air - dan MOU ini memperluas dan memperdalam kerjasama ini," ujar Encik Masagos, yang berkata bahawa pegawai kerajaan Saudi akan ke Singapura bulan depan untuk mengadakan tindakan susulan bagi MOU ini. Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar berkata MOU itu bersumber dari kepentingan bersama kededua negara dalam usaha menangani isu kekurangan sumber air dan mempertingkat daya tahan sekitaran. "MOU ini membuka laluan bagi kerjasama lebih luas dalam bidang pengurusan mutu air, rawatan sisa pejal dan kawalan penceamaran udara," kata MFA.

Encik Masagos berada di Saudi kerana menyertai rombongan Presiden yang sedang mengadakan lawatan negara ke Timur Tengah dari 3-8 November.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg