Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura hantar kit ujian koronavirus ke Brunei

Mar 25, 2020 | 6:48 PM
Singapura menghantar kit diagnostik yang boleh menjalankan 3,000 ujian dan mesin rantaian polimerase (PCR) bagi ujian Covid-19 ke Brunei.
Singapura menghantar kit diagnostik yang boleh menjalankan 3,000 ujian dan mesin rantaian polimerase (PCR) bagi ujian Covid-19 ke Brunei. - Foto FAIL

SINGAPURA telah menghantar bekalan perubatan ke Brunei untuk membantu doktor di sana mengesan dan mengekang penularan Covid-19.

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura hari ini (25 Mac), pemerintah telah menyumbang kit diagnostik yang boleh menjalankan 3,000 ujian dan mesin rantaian polimerase (PCR) bagi ujian Covid-19.

Menurut MFA, Singapura telah menawarkan bantuan itu semasa panggilan telefon antara Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dengan Menteri Kesihatan Brunei Datuk Seri Setia Haji Mohammad Isham Haji Jaafar.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura kepada Brunei, Encik Lim Hong Huai, menyerahkan bekalan perubatan itu kepada Dr Haji Mohammad Isham di Kementerian Kesihatan Brunei pagi tadi.

Sebelum ini, Singapura juga telah menghantar bekalan perubatan ke Filipina, Myanmar dan China.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg