S'pura ketatkan langkah sempadan bagi pelawat dari Australia dan Jiangsu
S'pura ketatkan langkah sempadan bagi pelawat dari Australia dan Jiangsu
Singapura akan memperketatkan langkah sempadan bagi pelawat dari Australia dan wilayah Jiangsu di China selepas kes Covid-19 melonjak di kededua tempat itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (31 Julai).
Langkah baru ini akan berkuat kuasa mulai Isnin (2 Ogos) pada 11.59 malam.
Pelawat ke Singapura - yang mempunyai sejarah perjalanan ke Australia dalam masa 21 hari lalu - akan perlu menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) selama 14 hari, tambah MOH.
Mereka harus berbuat demikian di kemudahan yang khusus atau di kediaman mereka.
Sementara itu, warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang ada sejarah perjalanan ke Jiangshu dalam masa 21 hari lalu, harus menjalani SHN selama tujuh hari di kediaman mereka.
Pelawat jangka pendek yang mempunyai pas pergerakan udara dengan sejarah perjalanan ke Jiangshu dalam masa 21 hari lalu, tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura.

