SINGAPURA mengalu-alukan cadangan Malaysia untuk menyambung semula perjalanan rentas sempadan antara dua negara, kata Menteri Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya pada Isnin (8 Jun).
"Kami bersedia bekerjasama dengan Malaysia untuk membincangkan keperluan pengguna rentas sempadan, termasuk pelawat perniagaan jangka pendek dan rasmi dan pekerja warga Malaysia yang sebelum ini ulang-alik Singapura dan Malaysia," kata kementerian itu.
MFA menambah susunan yang dicadang akan terdiri daripada mempersetujui protokol kesihatan awam untuk membenarkan penyambungan semula pergerakan rentas sempadan yang selamat.
Kededua negara akan memerlukan masa untuk menetapkan butirannya dan ini juga bergantung pada keadaan Covid-19 di Malaysia dan Singapura.
Sementara itu, Singapura akan meneruskan langkah praktikal untuk membolehkan rakyat Malaysia terus bekerja di Singapura, jelas MFA.
Awal hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Kerajaan Malaysia bersetuju membenarkan rakyat berulang-alik ke Singapura dan juga bersedia untuk menjalankan ujian Covid-19, jika diperlukan pemerintah Singapura.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg