Singapura telah menyambut kelahiran anak panda pertama pada Sabtu (14 Ogos) di River Safari.
Anak panda itu merupakan anak kepada pasangan panda yang dikenali ramai, Kai Kai dan Jia Jia.
Dalam kenyataan pada Ahad (15 Ogos), Wildlife Reserves Singapore (WRS) menyifatkan kelahiran itu sebagai satu berita gembira yang merancakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Ia menambah bahawa jantina anak panda itu belum ditentukan dan akan diumumkan nanti.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg