Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura setuju lanjutkan penangguhan projek HSR hingga hujung tahun

May 31, 2020 | 7:11 PM
TANGGUH LAGI: Kerajaan Malaysia ingin mencadangkan beberapa perubahan pada projek HSR.
TANGGUH LAGI: Kerajaan Malaysia ingin mencadangkan beberapa perubahan pada projek HSR. - - Foto Farrells

SINGAPURA bersetuju untuk menggantungkan lagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura selama tujuh bulan lagi, sehingga akhir tahun ini.

Dalam satu catatan Facebook hari ini (31 Mei), Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan berkata Menteri Kanan Malaysia, Datuk Seri Azmin Ali telah menulis kepada beliau meminta lanjutan penangguhan itu bagi membolehkan kedua-dua pihak membincangkan sebarang perubahan yang perlu.

"Oleh kerana sebarang perubahan terhadap projek memerlukan persetujuan kami, penangguhan yang berlanjutan ini akan membolehkan kedua-dua negara menilai perubahan yang sedang difikirkan Malaysia," katanya.

"Atas semangat kerjasama dua hala, kami telah bersetuju dengan tempoh pelanjutan penangguhan akhir ini hingga 31 Disember 2020.

"Ini akan memberi Malaysia masa yang mencukupi untuk menjelaskan cadangan mereka dan bagi kedua-dua belah pihak untuk menilai implikasi disebabkan perubahan yang dicadangkan."

Kedua-dua negara menandatangani perjanjian pada September 2018 untuk menggantungkan projek HSR sehingga 31 Mei 2020.

Keputusan tersebut telah menangguhkan tarikh penyelesaian landasan kereta api sejauh 350 kilometer itu dari hujung 2026 hingga Januari 2031.

Memberi respons kepada pertanyaan media, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia telah memberitahu Singapura bahawa ia ingin mencadangkan beberapa perubahan pada projek HSR dan meminta agar ia ditangguhkan untuk jangka masa tujuh bulan lagi.

"Kami berharap dapat menerima cadangan rasmi Malaysia mengenai perubahan pada projek HSR tidak lama lagi, agar kedua-dua pihak dapat memulakan perbincangan dengan segera," kata kementerian itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg