Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sebahagian ejen hartanah tidak nasihat klien tunda tinjau rumah sewaktu pemutus litar

May 15, 2020 | 5:43 PM
HARUS DITUNDA: Majlis Agensi Hartanah berkata, pelanggan sebaiknya meninjau hartanah menerusi pautan video jika dalam keadaan yang perlu. FOTO: IHSAN CIK CHARLYENE CHOO
HARUS DITUNDA: Majlis Agensi Hartanah berkata, pelanggan sebaiknya meninjau hartanah menerusi pautan video jika dalam keadaan yang perlu. FOTO: IHSAN CIK CHARLYENE CHOO -

BEBERAPA ejen hartanah didapati tidak menasihati klien mereka supaya menundakan temu janji tinjauan rumah sewaktu tempoh pemutus litar Covid-19, kata Majlis Agensi Hartanah (CEA).

CEA, yang pada 9 Mei, mengirimkan panduan berurusan semasa Covid-19 kepada pihak berkepentingan, berkata:

"Kami ingin mengingatkan anda anda bahawa tujuan langkah jarak selamat yang diperketat itu adalah untuk mengurangkan lagi pergerakan serta interaksi di tempat awam dan privet."

"Industri agensi hartanah perlu terus memainkan peranannya untuk menyekat penularan virus Covid-19."

Ejen hartanah harus menasihati dan menggalakkan klien mereka agar mereka menundakan tinjauan secara fizikal sehingga ia selamat untuk berbuat demikian, tambah CEA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg