Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sebahagian gelanggang lumba kuda Kranji bakal diubah, tempatkan pesakit Covid-19

May 11, 2020 | 4:40 PM
d0374f2f-ecf8-47c0-88cb-7f9f4f163dbf
- Fail ST

SEBAHAGIAN gelanggang lumba kuda di Kranji akan diubah menjadi kemudahan pemulihan masyarakat (CFF) untuk menempatkan pekerja asing yang diuji positif bagi Covid-19.

Singapore Turf Club (STC) dalam kenyataannya pada Isnin (11 Mei) berkata beberapa kawasan telah dipilih bagi tujuan itu, termasuk tempat meletak kereta bertingkat, tempat meletak kereta B dan kawasan berbumbung di Pusat Menunggang Kuda STC.

STC dan Tote Board sedang bekerjasama dengan pemerintah untuk menyediakan kemudahan itu, yang dijangka siap pada akhir Mei.

CRF disediakan untuk menempatkan pesakit yang berada dalama keadaan sihat selepas mengaami Covid-19 selama 14 hari dan tidak memerlukan rawatan perubatan lanjutan.

Tempat lain yang diperuntuk sebagai CRF termasuk kem-kem Angkatan Tentera Bersenjata (SAF) di Amoy Quee, Bedok, Jurong, Guillemard, Lim Chu Kang dan Tanjong Gul, yang mula menerima pesakit pada 28 April.

Pihak berkuasa mengumumkan pada hari sama bahawa lebih 10,000 katil akan disediakan di tempat sedemikian sehingga lewat Jun.

CRF sebahagian strategi menyediakan jagaan berbeza bagi pesakit Covid-19 yang memerlukan jagaan berbeza-beza, selain di kemudahan jagaan masyarakat (CCF) - bagi mereka yang menunjukkan simptom ringan dan menanggung risiko rendah - dan di hospital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg