Topik diikuti
Pergi ke BHkuSebahagian Punggol Way ditutup bagi binaan jejantas

Jun 28, 2018 | 5:30 AM
Sebahagian Punggol Way ditutup bagi binaan jejantas
SEBAHAGIAN jalan raya Punggol Way akan ditutup buat sementara waktu pada Rabu depan dari 1 hingga 5 pagi.
Ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja binaan bagi sebuah jejantas pejalan kaki baru yang akan membolehkan penduduk menyeberangi jalan raya Punggol Way dengan selamat dan mengunjungi kemudahan dalam kawasan itu, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan semalam.