SEBAHAGIAN jalan Tampines Street 61 akan ditutup sementara kepada lalu lintas dari 11 malam pada 23 April hingga 5 pagi pada hari selanjutnya.
Bahagian jalan raya yang ditutup itu adalah antara simpang Tampines Avenue 6 dengan Tampines Street 61; serta antara simpang Tampines North Drive 1 dengan Tampines Street 61.
Penutupan jalan raya sementara itu ialah bagi membolehkan pembinaan jejatas pejalan kaki yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
Jejatas itu dijangka menyediakan hubungan lebih baik bagi penduduk yang tinggal di pembangunan perumahan awam berdekatan.
Ini termasuk penduduk di Tampines Greenweave dan Tampines Greenridges.
Dengan penutupan jalan raya sementara itu, pemilik kenderaan dinasihati menggunakan laluan Tampines North Drive 1 dan Tampines Avenue 6 sebagai laluan alternatif.
Sekatan dan papan tanda lencongan jalan raya akan diletak untuk membantu pengguna jalan raya.
Pemandu juga dinasihati memandu secara berhati-hati dan mematuhi papan tanda maklumat yang dipapar di situ.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg