Sebak, tersentuh dengan curahan penghargaan
May 1, 2024 | 4:09 PM
Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, sebak semasa menunduk hormat tanda penghargaan kepada warga Singapura di Rapat Hari Pekerja dalam ucaptama terakhirnya sebelum melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei. - Foto ST
Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menunduk hormat tanda terima kasih kepada gerakan pekerja.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada pasukan Menteri, Anggota Parlimen, relawan akar umbi, kakitangan Perkhidmatan Awam dan warga Singapura, di atas kepercayaan, keyakinan serta sokongan mereka kepadanya.
Gerak isyarat beliau itu mengundang tepukan gemuruh daripada sekitar 1,700 orang yang hadir di Rapat Hari Pekerja pada 1 Mei, sekali gus membuat Encik Lee sebak.
Ini adalah antara beberapa detik emosi Encik Lee, di ucaptama terakhirnya sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei.
Laporan berkaitan
DPM Wong peroleh sokongan penuh gerakan pekerja, kata Setiausaha Agung NTUC, Chee MengMay 1, 2024 | 1:39 PM
Chee Meng: Gerakan pekerja terhutang budi, hargai sentuhan peribadi PM LeeMay 1, 2024 | 2:49 PM

