ASATIZAH digesa untuk terus memainkan peranan mereka bukan sahaja dalam menyebarkan hukum-hakam Islam, malah makna di sebalik Islam, termasuk nilai murni, rahmah dan tatasusila yang diajarkan agama tersebut.

Demikian antara mesej yang disampaikan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, kepada sekumpulan asatizah dalam sesi dialog bersama asatizah anjuran Berita Harian (BH) Khamis lalu.