Sebelum bersara ESM Goh mahu pastikan SG ada barisan pemimpin pelapis berwibawa
Premium
Sebelum bersara ESM Goh mahu pastikan SG ada barisan pemimpin pelapis berwibawa
Dec 23, 2018 | 5:30 AM
BUKU LARIS: Encik Goh (kiri) dan Encik Peh (kanan) menandatangani papan bercahaya di sesi dialog dan sesi menandatangan buku Tall Order: The Goh Chok Tong Story di Dewan Persidangan Suntec City, semalam. - Foto BM oleh CHONG JUN LIANG -
ANTARA perkara yang ingin dilakukan Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong sebelum menutup tirai kerjayanya sebagai ahli politik adalah memastikan Singapura mempunyai barisan pemimpin berwibawa di masa akan datang yang boleh membawa negara ini maju.
Mendedahkan demikian di sesi dialog bersama orang awam yang berlangsung di pesta buku BookFest@Singapore 2018 di Dewan Persidangan Suntec City semalam, Encik Goh berkata: "Saya adalah penyokong kuat pada proses penggantian politik yang terurus."

