Topik diikuti
Pergi ke BHkuSedia bantu tetamu hotel walau di luar waktu tugas

TUNJUKKAN DEDIKASI: Encik Fazli, yang sudah sekitar lapan bulan bekerja di Hotel Festive, berkata beliau memilih bekerja dalam bidang perhotelan kerana minat menemui dan berinteraksi dengan pelbagai orang. - Foto RESORTS WORLD SENTOSA
Nov 30, 2017 | 5:30 AM
Sedia bantu tetamu hotel walau di luar waktu tugas
WAKTU pekerjaan Encik Muhammad Fazli Haris sudah selesai ketika itu.
Namun, tatkala melihat pasangan ibu bapa dengan dua anak kecil dari Australia - tetamu hotel yang beliau bantu mendaftar masuk sebelum itu - sibuk mengangkat barangan sambil cuba menjaga dua anak itu, beliau terus pergi membantu mereka.