Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sedia juadah istimewa untuk pesakit, kakitangan TTSH

May 20, 2021 | 5:30 AM
SEBAR KECERIAAN: Seorang pesakit menerima kek lobak merah walnut gandum daripada kakitangan TTSH. - Foto TTSH
SEBAR KECERIAAN: Seorang pesakit menerima kek lobak merah walnut gandum daripada kakitangan TTSH. - Foto TTSH -

SEMPENA Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kakitangan dapur di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) telah menyediakan manisan istimewa - kek lobak merah walnut gandum - khas untuk pesakit di wad mereka.

Ini merupakan salah satu daripada usaha mereka semasa musim perayaan sepanjang tahun.

Namun, tahun ini, ia agak berbeza.

Selain menyediakan kek istimewa untuk pesakit, kakitangan dapur TTSH turut tampil ke hadapan untuk menawarkan makanan kepada kakitangan hospital di beberapa wad.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TTSH, pasukan itu terus berusaha meneruskan tradisi menyediakan makanan istimewa, dengan mengetahui bahawa ia akan menambah senyuman wajah pesakit mereka yang berada di sana semasa musim perayaan ini.

"Setiap musim perayaan, kami akan lakukan sesuatu yang istimewa untuk pesakit kami dan bagi Hari Raya tahun ini, kami menyediakan kek lobak merah walnut yang sihat.

"Meskipun pesakit mungkin tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga mereka, kami berharap manisan ini dapat membawa keceriaan kepada mereka," kata Cef Leo Yuin Thim, Chef Pengeluaran Kanan, Perkhidmatan Layanan baik dan alam sekitar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg