Hanya berjalan beberapa tapak dari tempat penginapan sudah sampai ke masjid utama yang ingin dituju.
Itulah keselesaan yang ingin diberikan oleh Hamidah Travel & Tours Pte Ltd kepada jemaah haji yang mengikuti pakejnya pada tahun 2025.
Di Makkah, syarikat ini menyediakan tempat penginapan di Makkah Al Safwah Hotel Tower 3 yang bertaraf lima bintang dan merupakan hotel terdekat dengan Masjidil Haram iaitu sekitar 50 meter.
Di Madinah pula, ia menyediakan The Oberoi Hotel Madinah yang terletak hanya 5 meter dari Masjid Nabawi.
‘‘Insya-Allah, kami ingin memastikan keselesaan jemaah supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada ibadah semasa di tanah suci dengan tenang,’’ kata salah seorang pengarah Hamidah Travel & Tours, Encik Badruzzaman Abdul Majid.
Beliau berkata lagi, mengambil panduan daripada sabda Rasulullah saw dengan seruan, ‘‘Ambillah urusan manasik hajimu daripadaku,’’ Hamidah Travel & Tours sudah bersiap sedia mengatur pakej haji dan umrah yang turut ditawarkannya dengan sebaik mungkin.
Justeru, ia telah mengaturkan perjalanan seperti berikut: pada 8 Zulhijah bertarwiyah (bermalam di Mina), 9 Zulhijah wukuf di Arafah, 10 Zulhijah mabit (menginap) di Muzdalifah.
Hamidah Travel & Tours menyediakan dua pakej untuk pilihan jemaah seperti:
1. Pakej Haji Hamidah 1 selama 25 hari dengan harga daripada $19,500 (berkongsi penginapan dua orang) dan $18,200 (berkongsi penginapan tiga orang).
2. Pakej Haji Hamidah 2 selama 18 hari dengan harga daripada $16,700 (berkongsi penginapan dua orang) dan $15,900 (berkongsi penginapan tiga orang).
Harga kedua-dua pakej di atas tidak termasuk tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan bayaran tokok minyak pesawat, atau fuel surcharge.
Tarikh keberangkatan bagi kedua-dua pakej ialah pada 31 Mei 2025 (tertakluk kepada perubahan). Kedua-dua pakej ini akan terus ke Makkah dahulu sebelum pelaksanaan ibadah haji dan akan berakhir di Madinah, kata Encik Badruzzaman lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 6396-5108 atau WhatsApp 8922-3194. Lungsuri www.hamidahtravel.com.sg
Hamidah Travel & Tours terletak di 390 Victoria Street, #03-54, Singapura 188061.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg