Topik diikuti
Pergi ke BHkuSedia korban waktu rehat bantu rakan fahami subjek Matematik
Muhammad Anarkin disebut PM Lee sebagai contoh murid yang baik
Sedia korban waktu rehat bantu rakan fahami subjek Matematik
APABILA rakan sedarjahnya mengadu tidak begitu faham mata pelajaran Matematik, Muhammad Anarkin Fitri Aidil tidak keberatan mengorbankan waktu rehat untuk mengajarnya.
Bukan sahaja rakannya itu berjaya lulus mata pelajaran itu semasa Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun lalu, bahkan pengalaman itu turut mendorong Muhammad Anarkin belajar lebih tekun bagi mempertingkat prestasi dirinya.
