Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sediakan payung sebelum hujan

May 16, 2024 | 7:17 PM
Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) menyatakan bahawa hujan diramal berterusan Mei ini dan dijangka reda jelang akhir Mei.
Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) menyatakan bahawa hujan diramal berterusan Mei ini dan dijangka reda jelang akhir Mei. - Foto fail

Kalau anda ingin keluar rumah sepanjang dua minggu ini, dicadangkan anda sediakan payung.

Sebabnya Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) menyatakan bahawa hujan diramal berterusan Mei ini dan dijangka reda jelang akhir Mei.

Hujan berserta guruh dijangka di beberapa bahagian pulau ini pada lewat pagi dan awal petang pada kebanyakan hari.

Beberapa hari pada sebelah pagi, pulau ini diramal mengalami hujan lebat yang meluas serta angin kuat.

Ini kerana musim monsun barat daya, dijangka berlaku semasa dua minggu ini, dengan angin menjadi lebih kencang dan bertiup dari tenggara atau barat daya.

Musim sebegini biasanya berlanjutan sehingga September.

Malam yang hangat dengan suhu minimum sehingga 28 darjah Celcius dijangka selama beberapa hari, akibat angin dari tenggara yang membawa udara hangat, dan lembap dari laut melalui darat.

Sebelah siang hari juga dijangka panas, sedang suhu maksimum harian dijangka antara 33 darjah Celsius dengan 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari.

Dalam beberapa hari, suhu boleh mencecah sekitar 35 darjah Celsius apabila awan sedikit di langit.

Cuaca panas ini berterusan pada Mei, dengan suhu maksimum mencecah sekurang-kurangnya 34 darjah Celsius sepanjang 10 hari.

Suhu harian tertinggi 36.1 darjah Celsius dicatatkan di Choa Chua Kang pada 14 Mei.

Kadar hujan lebih tinggi juga dialami negara ini dalam separuh pertama Mei dengan yang tertinggi dicatat di kawasan Takungan Air Lower Peirce di mana kadarnya adalah 182 peratus lebih tinggi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg