Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sediakan ruang rehat yang wajar: Thomas

Feb 26, 2021 | 5:30 AM
ENCIK RAJ JOSHUA THOMAS - Foto MCI
ENCIK RAJ JOSHUA THOMAS - Foto MCI -

UNDANG-UNDANG yang menghendaki pemilik bangunan menyediakan kawasan rehat yang sesuai untuk pekerja luar harus dilaksanakan lebih cepat, kata seorang Anggota Parlimen Dilantik (NMP) semalam.

Ini antara langkah yang disarankan oleh Encik Raj Joshua Thomas untuk memastikan keadaan kerja yang wajar bagi pekerja pembersihan, pegawai keselamatan dan pekerja penyenggaraan landskap.

Melakukan demikian akan memaksa pembeli khidmat menjalankan peranan mereka untuk menangani "masalah lama" yang telah melanda industri penyumberan luar ini, kata Encik Thomas, yang merupakan presiden Persatuan Keselamatan Singapura dan pengarah sebuah syarikat keselamatan.

Dalam ucapannya pada hari kedua perbahasan Belanjawan, beliau menggariskan empat bahagian di mana keadaan bekerja dapat diperbaiki dan berada dalam kawalan pembeli khidmat.

Pertama, harus ada kawasan kerja yang sesuai seperti bilik pengawal yang mempunyai aliran udara yang mencukupi.

Kedua, undang-undang yang menghendaki pemilik bangunan menyediakan kawasan rehat yang sesuai untuk pekerja luar harus dilaksanakan lebih cepat.

Ketiga, pekerja luar harus diberi waktu rehat yang wajar dan waktu kerja mereka harus dikawal selia menerusi Model Gaji Progresif (PWM).

Akhir sekali, beliau berkata pembeli khidmat juga harus memastikan pekerja luar hanya melakukan tugas dalam skop kerja mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg