Pengguna Berdaftar
Sejarah ambil anak angkat sebahagian kisah S’pura
Pengambilan anak angkat bukanlah perkara baru atau aneh, tetapi pada 1930-an hingga 1970-an di Singapura-Malaya, pengambilan anak angkat antara kaum khususnya menjadi kebiasaan dan fenomena yang mengukir sejarah unik di Singapura. BERITA MINGGU mengupas fenomena tersebut yang hingga hari ini memberi kesan kepada individu yang tercari-cari keluarga kandung mereka.
Jan 7, 2024 | 5:30 AM
Setelah berita ibu mencari anak yang diberi orang lebih 67 tahun lalu dilaporkan Berita Harian (BH) tular di media sosial, terutamanya menerusi Facebook BH, ramai yang tampil dengan cerita yang sama, mengharap dapat ditemukan kembali dengan keluarga asal mereka.
Cik Jasmine Liu, yang berkongsi cerita neneknya itu dengan BH, teruja dengan sambutan berita itu, tetapi masih bersedih belum menemui ibu saudaranya.
Laporan berkaitan
Kenal ibu Cina dari kecil, tidak kecil hati diberi kepada keluarga lainDec 29, 2023 | 7:34 PM
Berbaloi ambil anak angkat walau kos tinggi, proses tidak mudahMay 14, 2022 | 9:00 AM

