Sejarah Melayu papar keadaan S'pura sebelum kedatangan Raffles
Premium
Sejarah Melayu papar keadaan S'pura sebelum kedatangan Raffles
Feb 26, 2019 | 5:30 AM
HARAP ORANG RAMAI TERDORONG UNTUK KAJI: Dr Sa'eda berharap dengan menampilkan teks Sejarah Melayu itu untuk diamati masyarakat awam, lebih ramai akan terdorong untuk mengkaji dengan lebih lanjut sejarah Singapura yang kurang diketahui. - Foto BH oleh JOSEPH CHUA -
TEKS Sejarah Melayu, yang juga dikenali sebagai Sulalatus Salatin, memberi imbasan yang sangat penting mengenai keadaan Singapura sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles pada 1819.
Untuk itu, setiap warga Singapura harus sedar dan faham akan naratif yang ditonjolkan teks tersebut, yang meletakkan Singapura sebagai sebuah kuasa geopolitik walaupun sebelum kebangkitan Singapura moden, terutama sekali sempena sambutan 200 tahun Singapura atau Bicentennial Singapura tahun ini.

