SEJUMLAH 799 kes jangkitan Covid-19 direkodkan sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan 14,423 kes di sini.
Sebahagian besar adalah pekerja warga asing yang menginap di asrama pekerja.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), 14 kes merupakan kes melibatkan warga Singapura/Penduduk Tetap.
MOH masih meneliti kes-kes ini dan akan memberikan butiran lanjut nanti.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg