Sejumlah 155,000 isi rumah HDB dengan lima atau lebih anggota keluarga yang akan menerima rebat dua kali ganda daripada jumlah asal bulan ini bagi bil api air menerusi skim GSTV-U-Save. Nilai rebat lebih tinggi bagi keluarga lebih besar mengikuti jenis flat HDB mereka, dengan mereka yang tinggal di flat satu dan dua bilik menerima $200 berbanding dengan $100. Dengan rebat tambahan itu, keluarga lebih besar dan tinggal di flat tiga dan empat bilik akan masing-masing menerima $180 dan $160, bulan ini. Mereka yang tinggal di flat lima bilik akan menerima $140, manakala mereka yang tinggal dalam flat eksekutif atau flat berbilang generasi akan menerima $120. Ini merupakan yang pertama daripada dua rebat yang dinaikkan bagi keluarga lebih besar dengan pusing selanjutnya pada Januari tahun depan. Skim U-Save bertujuan menyokong isi rumah dengan perbelanjaan harian mereka terutama dalam kalangan isi rumah yang berpendapatan rendah dan pertengahan, kata Kementerian Kewangan (MOF) semalam (4 Oct). Rebat itu akan secara langsung mengurangkan (offset) bil api air setiap isi rumah. Sejumlah 940,000 isi rumah HDB akan menerima bayaran U-Save bulan ini. Dua rebat awal sebelum ini telah dibayar pada April dan Julai dengan rebat tambahan kepada yang layak menerima Bayaran Khas U-Save.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg